Monday, 21 January 2013

Tips Berniaga Bagi Orang Melayu

Haaaaaa sekarang ni aku nak bagi tips la dekat orang-orang melayu yang bakal berniaga. Nie semua dari pemerhatian aku la. Kalau salah boleh tolong betulkan. Nak bash pun boleh, sebab aku nie suka menerima kritikan.

Kenapa aku cakap orang MELAYU je?? sebab orang cina nie dah pandai dah. Melayu je tak sedar-sedar. Bukan semua la, sesetengah je. Kalau terasa, bagus la meh baca aku nak bagi tips.

Pertama sekali aku nasihatkan KALAU TAKUT RUGI, dah boleh closed tab blog aku nie. Tak payah teruskan membaca. Kenapa pulak tak boleh, lantak aku la nak baca.. ok la baca la. Kunk kata aku ni tak mesra pelanggan.

Kedua. Mohon persiapkan mental dan fizikal untuk menghadapi RUGI. Jangan asyik ingat untung. Kenapa pulak?? sebab kebanyakan melayu-melayu yang aku perhatikan, bila untung stop sekejep berniaga duit buat joli sakan. Habis joli, habis duit nak sambung berniaga tak de modal. Kalau nak joli, tak dehal, tapi KETEPIKAN duit modal. Tak ada la nanti terkangkang pinjam sana sini. Tak gitu...

Ketiga. Kenal pasti produk awak dan cara nak berniaga. Apahal nak kenal pasti produk lak?? Yela , kalau tak kau nak jual apa?? Jual diri?? eh jangannn. HARAM !! haaa gituuu. Cara nak berniaga macam mana pulak?? Bagi aku ada 3 cara berniaga .

Kau jual produk kau sendiri, contoh jual dekat pasar malam ke depan uma ke?
Sebagai contoh jual makanan ke minuman ke baju ke. Untung kau sendiri, tak payah nak share-share. Itu untungnya. Lepas tu kau takkan malu nak berdepan dengan orang. Secara tak langsung, confidence level kau meningkat. 

Kau buat produk, lepas tu kau tumpang dekat tempat orang meniaga.
Kau buat kuih ke, kacang goreng sambal sagun ke letak dekat orang yang meniaga pasar malam ke kedai runcit ke. Kalau yang ni kau kena upah dekat orang yang tolong jual la. Contoh sebiji kuih kau bagi ke dia, 20sen. Dia jual 25 sen. Kiranya 5sen sebagai upah dia la. Gituuuu.Cara nie kau takkan penat, cuma tunggu jela hasil jualan.

Online.
Sekarang nie, ramai dah buat secara online. Maklum la dunia dah maju. Online nie risiko tinggi sebab tu aku cakap kau kena sedia mental fizikal. Kemungkinan untuk kau ditipu adalah tinggi. Lepas tu penipu online nie adalah ramai, so customer takut kena tipu. Kau kena pandai deal dengan customer. Kau kena jujur kalau online ni. Macam mana nak buat customer percaya pulak?? Listkan testimoni. Lepas tu linkkan fb bekas customer kau. InsyaAllah kalau kau ikhlas, Tuhan akan tolong kau. 

Keempat. Andai hasil jualan kau drop, jangan stop. Cari penyelesaian kenapa boleh drop?? Sebab tak sedap ke, mahal sangat ke, tak cantik ke. Nak senang tahu, tanya customer kau sendiri dia orang nie la hakim. "Ala kalau tanya customer mesti la cakap yang elok-elok." Ini normal sebab dia orang nak jaga hati kau. Kau cuba push dia tanya "Akak, cakap jela apa kekurangan produk saya nie. Saya tak marah la. Apa la akak nie. InsyaAllah saya cuba improve lagi" . Lepas tu bila orang kritik kau jangan nak melenting. Ini yang aku pantang. Pesen kalau tak boleh menerima, dah boleh tutup kedai.

Kelima. Buat marketing lebih mendalam. Andai kau dah tabah dalam perniagaan ni, dah boleh besarkan. Make sure kau mampu buat andai order melampaui batasan. Kalau tak mampu, tinggalkan tips kelima aku nie. Nie bagi mereka yang nak melebarkan sayap. Cari catering catering, jiran-jiran sebelah bagi testimoni. InsyaAllah kalau sedap dia orang akan order dengan kau. Pada masa yang sama, perniagaan kau akan meluas. "Mana kau tau Cha?" Tau la sebab orang catering order kuih dengan mak aku. HAHA. Simple kan tips aku.

Keenam. Bila kau dah kuat dalam bisnes, jangan lepaskan terus dekat orang bawah. Jangan ingat kau dah senang lenang. Bila kau fikir macam tu, dalam sekelip mata kau boleh bankrupt. Bila kau dah lepas ke orang bawah, maknanya dia yang uruskan hal keluar masuk duit. Kalau lepas dekat anak ke tak kisah. Kalau short pun, tanya anak kau. 

Jangan ingat aku terlebih tengok drama. Ingat tak pernah jadi ke dalam dunia sebenar?? Ex boipren aku punya abang, ada berniaga. Bila dah stabil perniagaan dia, dia lepas ke orang bawah. Katanya nak buat kerja lain kumpul duit lagi banyak. So setiap seminggu dia datang amek duit. Simple kan percaya dekat orang. Makin lama duit yang dia bagi makin sikit. Bila tanya pandai pulak pekerja dia main pusing-pusing kata orang tak ramai la apa la. Padahal aku tengok meriah je. Tak lama lepas tu, dia datang nak amek duit kedai tutup dia pun pelik tanya orang sebelah, katanya dah 3 hari tak bukak. Kol tak berangkat langsung. Lepas seminggu tu memang sah la lingkup.

Tu jela tips yang dapat aku taip malam nie. Sebenarnya banyak lagi, tapi jari aku nie dah mengembang kebasnya. Kalau nak tips lagi, comment. Nanti aku bagi part 2. haaaaa gituhhhh.

p/s: Aku buat tips nie, dari pemerhatian aku tengok mak aku, makcik-makcik jiran berniaga. Dan sekarang ilmunya turun ke anaknya. InsyaAllah.

6 comments:

  1. Artikel yg menarik. Singgah sebentar dlm pencarian.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. satu tips yang berguna untuk orang2 Melayu yang ingin berniaga..

    ReplyDelete