Wednesday, 16 January 2013

Kerja di Chatime Part 1

Haaaa pernah dengar Chatime?? Tak?? Meh aku belanja. Baru kau tahu erti gian macam mana. Tak pasalkan.

Aku kerja Chatime lepas raya. Masa tu memang tengah cari kerja, sekali ternampak la Chatime tengah cari kerja. Kalu tak silap aku baru balik dari econsave, adik aku tgur nampak iklan keje kosong Chatime. 


Nampak tak kemain bersemangat siap tangkap gambar lagi. Lepas tu aku kol, dia suruh datang interview. Ceritanya interview masa bulan puasa, so tempatnya dekat kedai makan yang tak bukak. Pesen kena interview dekat warung makcik bedah(bukan nama sebenar). Lepas interview bagai dapat la kerja tapi kena training dulu dekat Chatime Sri Petaling selama 3minggu. Yang bestnya aku dok hotel. Even hotel cikai, balik kerja terus terbongkang tak de orang nak kisah. Dalam 3minggu tu serius aku happy kerja dekat situ. 

Kalau nak tahu kebanyakan pekerja chatime dekat situ Myanmar. Haaaa Myanmar?? Dah tak payah nak terkejut sangat, lempang sekor-sekor karang. Bila dah kerja dekat situ, pandangan aku dekat pekerja asing sama sekali berubah. Tapi pandangan dekat bau ketiak tetap tak berubah sama sekali. Gituhhhh.

Dia orang nie datang Malaysia memang gila-gila punya cari duit. Waktu kerja dia orang starting pagi, sampai closing. Dia orang bukan macam kita pesen kira 8jam je nak kerja. Lantak la balik pukul berapa pun janji duit masuk. Kerja memang penat gila babeng la kan. Non stop berdiri. Ko mampu?? gituhhh. tapi peha aku nie tak kecik-kecik jugak . Tu yang aku pelik.

Dia orang pesen tak paham bahasa melayu. Kena la cakap omputih. Masalahnya dia orang cakap omputih aku tak paham. Bukan tak paham bahasa omputeh tapi slang dia orang bapak la rasa nak pitam masa mula-mula cakap dengan dia orang. Tapi lama-lama aku pun paham dan aku pun terikut slang dia orang. Tak ke balaaa. 

Chatime ada jual ayam goreng tanpa tulang, popcorn chicken dengan kulit ayam goreng. Mereka-mereka nie kalau goreng memang lebih sikit bagi aku sebab aku ni duduk Hotel je tapi save bajet. Dapat la curi-curi makan kenyang la jugak.


Nampak tak menu tu?? Nampak tak?? Cuba tengok berapa banyak yang aku kena hafal resepi dia orang sebab lepas training ada exam. Kalau aku tak pass exam tu lagi lama la aku kena training dekat situ.Ok dah sampai sini je. Nanti aku sambung part 2. Part 2 nanti dah start bala aku keje chatime.

1 comment:

  1. Aymam chatime tu boleh makan ker

    ReplyDelete