Monday 21 January 2013

1st Giveaway By Puterikasih.com


“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About CraftDikbiAzie NamicoJosrevalution @JRNurul SyarafinaAzziamiza, ZuhanifKiosk Vitamin, Cik YayaKimmie Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia

Jom join. Hadiah kemain menarik baq ang. hahaha. comel aku cakap utagha.
koleksi kristal, 
top up, 
t/shirt, 
jam tangan mutiara (handmade), 
GLA Shaklee, 
one drop perfume dan banyak lagi …

Yang aku lagi tertarik, ada HADIAH MISTERI. Hiks. Meh join. SINI-SINI!!!


Tag to:

Tips Berniaga Bagi Orang Melayu

Haaaaaa sekarang ni aku nak bagi tips la dekat orang-orang melayu yang bakal berniaga. Nie semua dari pemerhatian aku la. Kalau salah boleh tolong betulkan. Nak bash pun boleh, sebab aku nie suka menerima kritikan.

Kenapa aku cakap orang MELAYU je?? sebab orang cina nie dah pandai dah. Melayu je tak sedar-sedar. Bukan semua la, sesetengah je. Kalau terasa, bagus la meh baca aku nak bagi tips.

Pertama sekali aku nasihatkan KALAU TAKUT RUGI, dah boleh closed tab blog aku nie. Tak payah teruskan membaca. Kenapa pulak tak boleh, lantak aku la nak baca.. ok la baca la. Kunk kata aku ni tak mesra pelanggan.

Kedua. Mohon persiapkan mental dan fizikal untuk menghadapi RUGI. Jangan asyik ingat untung. Kenapa pulak?? sebab kebanyakan melayu-melayu yang aku perhatikan, bila untung stop sekejep berniaga duit buat joli sakan. Habis joli, habis duit nak sambung berniaga tak de modal. Kalau nak joli, tak dehal, tapi KETEPIKAN duit modal. Tak ada la nanti terkangkang pinjam sana sini. Tak gitu...

Ketiga. Kenal pasti produk awak dan cara nak berniaga. Apahal nak kenal pasti produk lak?? Yela , kalau tak kau nak jual apa?? Jual diri?? eh jangannn. HARAM !! haaa gituuu. Cara nak berniaga macam mana pulak?? Bagi aku ada 3 cara berniaga .

Kau jual produk kau sendiri, contoh jual dekat pasar malam ke depan uma ke?
Sebagai contoh jual makanan ke minuman ke baju ke. Untung kau sendiri, tak payah nak share-share. Itu untungnya. Lepas tu kau takkan malu nak berdepan dengan orang. Secara tak langsung, confidence level kau meningkat. 

Kau buat produk, lepas tu kau tumpang dekat tempat orang meniaga.
Kau buat kuih ke, kacang goreng sambal sagun ke letak dekat orang yang meniaga pasar malam ke kedai runcit ke. Kalau yang ni kau kena upah dekat orang yang tolong jual la. Contoh sebiji kuih kau bagi ke dia, 20sen. Dia jual 25 sen. Kiranya 5sen sebagai upah dia la. Gituuuu.Cara nie kau takkan penat, cuma tunggu jela hasil jualan.

Online.
Sekarang nie, ramai dah buat secara online. Maklum la dunia dah maju. Online nie risiko tinggi sebab tu aku cakap kau kena sedia mental fizikal. Kemungkinan untuk kau ditipu adalah tinggi. Lepas tu penipu online nie adalah ramai, so customer takut kena tipu. Kau kena pandai deal dengan customer. Kau kena jujur kalau online ni. Macam mana nak buat customer percaya pulak?? Listkan testimoni. Lepas tu linkkan fb bekas customer kau. InsyaAllah kalau kau ikhlas, Tuhan akan tolong kau. 

Keempat. Andai hasil jualan kau drop, jangan stop. Cari penyelesaian kenapa boleh drop?? Sebab tak sedap ke, mahal sangat ke, tak cantik ke. Nak senang tahu, tanya customer kau sendiri dia orang nie la hakim. "Ala kalau tanya customer mesti la cakap yang elok-elok." Ini normal sebab dia orang nak jaga hati kau. Kau cuba push dia tanya "Akak, cakap jela apa kekurangan produk saya nie. Saya tak marah la. Apa la akak nie. InsyaAllah saya cuba improve lagi" . Lepas tu bila orang kritik kau jangan nak melenting. Ini yang aku pantang. Pesen kalau tak boleh menerima, dah boleh tutup kedai.

Kelima. Buat marketing lebih mendalam. Andai kau dah tabah dalam perniagaan ni, dah boleh besarkan. Make sure kau mampu buat andai order melampaui batasan. Kalau tak mampu, tinggalkan tips kelima aku nie. Nie bagi mereka yang nak melebarkan sayap. Cari catering catering, jiran-jiran sebelah bagi testimoni. InsyaAllah kalau sedap dia orang akan order dengan kau. Pada masa yang sama, perniagaan kau akan meluas. "Mana kau tau Cha?" Tau la sebab orang catering order kuih dengan mak aku. HAHA. Simple kan tips aku.

Keenam. Bila kau dah kuat dalam bisnes, jangan lepaskan terus dekat orang bawah. Jangan ingat kau dah senang lenang. Bila kau fikir macam tu, dalam sekelip mata kau boleh bankrupt. Bila kau dah lepas ke orang bawah, maknanya dia yang uruskan hal keluar masuk duit. Kalau lepas dekat anak ke tak kisah. Kalau short pun, tanya anak kau. 

Jangan ingat aku terlebih tengok drama. Ingat tak pernah jadi ke dalam dunia sebenar?? Ex boipren aku punya abang, ada berniaga. Bila dah stabil perniagaan dia, dia lepas ke orang bawah. Katanya nak buat kerja lain kumpul duit lagi banyak. So setiap seminggu dia datang amek duit. Simple kan percaya dekat orang. Makin lama duit yang dia bagi makin sikit. Bila tanya pandai pulak pekerja dia main pusing-pusing kata orang tak ramai la apa la. Padahal aku tengok meriah je. Tak lama lepas tu, dia datang nak amek duit kedai tutup dia pun pelik tanya orang sebelah, katanya dah 3 hari tak bukak. Kol tak berangkat langsung. Lepas seminggu tu memang sah la lingkup.

Tu jela tips yang dapat aku taip malam nie. Sebenarnya banyak lagi, tapi jari aku nie dah mengembang kebasnya. Kalau nak tips lagi, comment. Nanti aku bagi part 2. haaaaa gituhhhh.

p/s: Aku buat tips nie, dari pemerhatian aku tengok mak aku, makcik-makcik jiran berniaga. Dan sekarang ilmunya turun ke anaknya. InsyaAllah.

Tulisan

Masa aku sekolah rendah dulu aku ada sorang kawan. Dia duduk sebelah aku. Cara dia menulis memang lain macam. Kalau setakat tulisan buruk dah terlalu mainstream.

Dulu dia nie selekeh-selekeh gitu gelap sikit. Cuma tak sangka yang dia ni boleh jadi model. Terkezut masa aku tau tu. Nama dia Nadzirah. Tapi dia naik jadi model masa sekolah menengah, nama glemer Kelly. Aku ingat lagi budak-budak nie kutuk nama kelly dia masa dalam bas sekolah. Aku pun ye kan sebab tak sangka wei cantik giler dia sekarang sebab aku tak tengok lagi masa dia dah besar, yang aku ingat muka dia masa sekolah rendah. Dia sekolah menengah bukan ngan aku sekali, dia pindah masa form 1.

Ok habis panjang intro aku. Meh meh aku tunjuk cara penulisan beliau.

MUNGKIN    DI    SINI     KITAKAN     TERPISAH    KENANGAN 
BERSAMA    TAKKAN      KU     LUPA

Paham?? tak paham?? Lempang paham?? Dia punya tulisan, space jauh gila. Aku tak ada idea nak buat ayat apa, aku buat la lirik. Jangan ingat dia tulis lirik lak. Ini contoh aja. Cikgu tegur banyak kali, tapi maybe tu memang habit dia. Aku kengkadang orang lain duk salin apa yang cikgu tulis, aku perhati dia tulis. Nampak tak penangan tulisan luar biasa. HAHA

p/s: Rindu zaman sekolah Convent.

Saturday 19 January 2013

Anak Dara.

Pagi tadi pergi promote puding caramel aku dekat catering di Muar ni. Alhamdulillah ramai yang memuji. InsyaAllah ada rezeki, ada yang order.

Aku makan apa yang ada sementara tunggu mak aku bersembang dengan owner catering tu. Maklum la perempuan sama perempuan ada jela cerita yang bangkit. Tipu la kalau korang jumpa kawan korang tak bersembang.

Makcik tu cerita la anak dara dia, kalau nak suruh pergi kenduri maknya kena pergi. Mesti tanya "Ibu pergi tak? kalau tak malas la."

Sama la macam aku. Aku ni tak boleh kalau kenduri sedara ke kawan mak aku ke kalau mak aku tak de, nanti mesti tercongong tak tau nak buat apa. Aku rasa ramai anak dara macam tu sekarang.

Tapi kalau kenduri kawan sendiri, tak kisah sebab kalau orang tanya ni sape boleh la jawab "saya kawan Siti [bukan nama sebenar]. Orang takkan banyak tanya. Tapi bila kenduri rumah saudara ke kawan-kawan mak aku mesti tanya "Nie anak sape?" "Nie cucu sapa?". Bila dah jawab "Oh cucu Alpiah anak Ida yang duduk Muar tu ke? Dah besar dah sekarang. Dah kahwin ke belum? Besar badan kalah mak dia". Aku hanya mampu tersenyum. Aku repect orang kampung ni tak kisah la anak sape, ingat rupa ke tak mesti ada je yang nak bualkan. Dari hal semasa sampai la bab peribadi.

Cuba kalau kat bandar. nak tegur pun ikhlas tak ikhlas. Aku tak cakap semua la. Alhamdulillah masih ada lagi yang peramah. Mengikut pemerhatian aku, yang peramah ni kebanyakan asalnya dari kampung. Yang pesen tak nak mengaku kampung ni yang aku rasa nak tembak je. Tu yang ada sifat sombong dalam diri. Riaknya terlalu tinggi. Datang majlis orang, tegur orang kiri kanan tak nak. Kalu tak nak tegur, senyum pun tak salah. Ketat je muka. Gaya mengalahkan Datuk Datin tau??

Friday 18 January 2013

Mentaliti Orang

Hari ni aku nak bincangkan mentaliti sesetengah orang di dunia. Banyak aku perhatikan dalam laman sosial macam facebook dan twitter. Sebab 2 tu je yang aku layan.

Ada orang post gambar yang orang dekat Gaza mati syahid. Itu memang bagus sebab nak tunjuk dekat semua kekejaman Israel. Yang terbakarnya captionnya. 1LIKE= 1DOA. Bagi aku nak berdoa bukan macam tu caranya, caranya tadah tangan memohon pada Yang Esa.

Lagi yang mengarutnya, ada gambar nak lancarkan bom. Caption dia tu yang buat aku sound admin.

1 LIKE=1 BOM
lepas tu dia suruh comment LANCARKAN!!!!

Aku comment "Kalu taip LANCARKAN tu boleh hantar bom tu terus pergi Israel ke?". Aku memang bengang habis. Bagi aku dia macam nak memperbodohkan orang. Yang bijak pandai pun ikut. 

Ada lagi aku nak bincang hakikat dunia sebenar.

Contoh: Kedai makan berderet tapi ada 1 kedai yang ramai orang. Mentaliti orang kita "Eh kedai tu ramai orang la, jom pergi. Keai sebelah tu tak ada orang mesti tak sedap" Kedai yang tak ada orang nie yang ternganga. Macam mana kalau kedai yang tak ada orang tu baru nak bertapak. Cuba pergi rasa dulu. 
Ada ke tengok macam tu. Kalau aku 1st time baru pergi kat tempat makan tu, aku akan pergi tempat tak ramai orang. Sebab malas nak bersesak.

Kadang-kadang aku pelik ada sesetengah kedai yang kurang customer nie makanan dia sedap. Tapi kurang orang. Ke tekak aku tekak buaya?? 

Aku pernah bandingkan 2 kedai nie. Yang tak ramai orang nie makanan dia sedap. Yang ramai orang nie makanan dia biasa je. Mungkin sebab kedai tu dah lama bertapak dan customer tak nak move on pergi rasa dekat tempat baru. Bagi aku disebabkan mentaliti orang macam nie, kedai tu tak dapat bertahan lama. 

Kalau melayu nie, sesetengah orang ada tabiat. Jangan makan dekat kedai cina entah halal ke tak. Tapi aku tak nak condemn sebab tu memang hak memasing. 

Ko pernah makan makanan orang cina ke Cha?? Yes pernah. tapi biasa aku beli yang macam snek. Macam takoyaki. haaaaa yang tu sumpah sedap, kebanyakan orang melayu makan. Aku akan tanya melayu boleh makan tak kadang-kadang aku akan penjual tu, kalau yang muka merah2 macam tu aku tak akan pergi sebab kemungkinan dia makan babi adalah tinggi. Lepas tu aku akan tanya "Ini melayu makan ka??". 

Kemungkinan kita kena tipu dengan peniaga cina tinggi jugak. Kalau kita tanya melayu boleh makan kaaa? Kalau yang jujur takpe. Kalau yang nak untung, haaaaa pikir la sendiri.

Bagi aku kalau tahap was was kau tinggi, eloklah jangan pergi makan langsung. Karang tak pasal aku yang kena sebab mengajar anak orang.

Thursday 17 January 2013

HandBouquet

Nie antara hand bouquet yang ditempah kawan sepupu saya. Ikut tema majlis.



Comel kan. Haaa yang dua atas ni, saya bagi link. Banyak lagi pilihan. SINI-SINI!!!

Okay picture yang bawah ni, akak dia pula. So aku bagi banyak pilihan dekat korang semua yang nak kahwin ke bertunang ke. Nak tengok lebih?? MEH TEKAN SINI!!






Kerja di Chatime Part 3

Okayyyy yang nie part last . JANJI !!! Bosan kan memanjang baca kerja dekat Chatime. Aku pun naik bosan menaip Chatime nie.

Lepas settle training apa semua, balik Muar lepak rumah sebab outlet belum bukak lagi. Masih dalam renovation lagi. Masa dah nak siap tu, bos panggil datang kedai. Aku bukan main semangat lagi pakai baju kerja nak pergi kerja.

Sekali sampai hambik kau semorang tengok aku. Baju chatime warna pink, lepas tu baju pekerja renovation pun warna pink. Tengok aku macam nak paksa aku buat sekali renovation job tu. Rupanya meeting biasa je, jumpa budak-budak part time yang akan kerja sekali.

Nampakkan semamngat aku dekat situ. Kalau aku tak datang pun takpe sebab bos cakap benda yang dah selalu aku dengar. Lepas tu cakap bahasa cina. Bajet macam aku ni budak cina. mementang la aku putih. Ehhhhh ko nie Cha, jangan pakai baju ketat, lepas tu puji diri kurus. [sebab masuk bakul angkat sendiri is too mainstream]

10 hari pertama pembukaan memang perasaan aku elok je, sebab ada sorang senior chatime support. Apa yang aku respect dengan dia, dia tak kisah campur melayu, pekerja asing semua. Kalau buat kerja, dia akan pastikan semua pekerja masuk semua department. Sebelum balik dia siap pesan dekat aku maybe sebab kepala otak aku nie cekap kut "Kalau u ada problem atau lupa sukatan atau apa problem, kol saya". that's why aku respect gila dekat dia.

Lepas senior tu balik, the next day hati aku mula dah menyampah kerja dekat situ. sebab apa?? banyak sebab kalau aku nak mention. Antaranya la....

-Pastikan kerja berat, Melayu iaitu aku, nepal dan myanmar yang buat. budak cina, tunggu order je.
-Kitchen?? haram nak tengok dia orang masuk, paling pun hantar barang kotor. Bukan nak tolong cuci even tak busy. Padah kitchen kemain busy tuuuu.
-Bab mengemas meje, angkat meja kerusi, sapu sampah, kutip cup. Bos tak akan suruh budak cina buat.
-Pastikan counter hanya cina yang pegang. Bukan nak hadap sangat jadi cashier tapi nak merasa jugak kerja yang ringan kan.
-Melantik supervisor yang menyampah. Aku rasa otak aku lagi pandai dari dia. Bukan nak berlagak, bayangkan ada air yang jarang orang order, dia tak tau dia tanya aku.
-Lepas tu mengarah orang lebih. biasa la dah ada title supervisor. Bos pun cakap "Mualai hari ini Sam dengan Tan adalah supervisor. Kena dengar cakap mereka, mereka suruh buat je" Kalau nak lantik pun train betul-betul.

Banyak lagi la kalau nak aku listkan. Itu yang membuatkan cukup sebula terus berhenti. Last day aku kerja situ, time tu jugak aku cakap nak berhenti. Alasan aku simple je dapat job yang lagi baik. Padahal tak confirm dapat ke tak job tu. Baru pergi Interview. Tunggu punya tunggu tak ada. Gemukkan badan jela dekat rumah.

Masa ni tak de customer langsung. Menyempat ajer..


Name Tag Holder.

Ini hasil kreativiti dia. Produk akan dibuat mengikut customer punya requet. Nak warna apa, tema apa, reben yang mana. Bagi tahu je. InsyaAllah akan direalisasikan. Hamboi dah boleh jadi YB realisasi bagai.

Ni pandangan depan.
Belakang. Customer requet

Hijau gituhh


Nie keychain HP. Betul la kan. 

Comel wei Hello Kitty nie

Keychain Lollipop

Macam-macam Reben

Ni pattern reben yang kazen saya buat. Andai berminat, boleh Pm untuk detail.

R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

R11

R12

R13

R14

R15

R16

R17

R18

R19

R20

R21

R22

R23

R24

R25

Kerja Di Chatime Part 2

Kemain part-part bagai. Part 2 nie nak membebel pasal bala dah start masa kerja ni.

Cerita dia lepas aku training 3minggu dekat Chatime Sri Petaling, aku kena support Chatime Pandan Indah selama selama seminggu dengan Myanmar yang training aku. Nama dia Moe K. Masa training sana memang buat aku fed up gila la. Dah la dari sri petaling pergi pandan indah transport sendiri. Nasib baik duit tambang company bayar.

Dengan stressnya aku gagahkan diri kerja dekat situ selama seminggu. Hari last dekat situ aku hangin satu badan. Ada budak part time cina bajet pandai dekat situ. Aku buat salah, tegur la aku. Ni kau kutuk marah aku dalam bahasa cina lepas tu jerit-jerit membebel dekat member cina kau. Apa kau ingat aku tak paham. Lepas tu dia yang buat milk tea tu. Aku paham sebab gerak badan dia tu. Sampai 1 tahap aku rasa nak gerak balik terus. Lantak la tambang pakai duit aku pun. Tapi memang sentap habis la. Gitu ke cara ajar orang.

Lepas training tu, aku ada lagi seminggu training formal. Macam dia ajar step by step dekat HQ dia. Cerita pasal company blablabla. Masa training formal tu, perasaan aku elok balik. Maksudnya tak de la fed up sangat.Aku training sekali dengan budak myanmar, nepal, pakistan, cina dari sabah. Layan kepala dia orang ni, aku yang gila.



Masa ni tengah break. Last day trainer belanja makan KFC. Baik uollsssss. Kenyang. Burppppppp. Masa training dekat sini, ada la kenal dengan 2 orang budak perempuan melayu nie. Budak outlet JB. Masa mula-mula tu malu nak tegur. Tak lam lepas tu kamceng sebab kita orang duduk dekat hotel sama. Dengan dia orang la aku baru nak keluar hotel cari makan betul-betul makan. Kalu tak meggi je. hahaha. K tak lawak. Aku takde gambar dengan dia orang la. Nama dia Duwi dengan Ratna. Aku pelik sebab nama dia orang pelik, rupanya dia orang jawa sebab ada sekali masa kita orang tengah makan aku dengar Duwi ngomong jowo dalam telepon dengan mak dia. Tercengang tak tercengang la kan. Masa kecik mak bapak dia orang pindah Malaysia. Dia punya slang melayu baik punya sampai aku tak boleh detect jawanya.

p/s: Aku memang kuat makan. Rindu dekat dia orang.
p/s: Banyak membebel. Nanti ada part 3. Starting aku kerja dekat outlet sendiri. Pahit manis.

Wednesday 16 January 2013

Kerja di Chatime Part 1

Haaaa pernah dengar Chatime?? Tak?? Meh aku belanja. Baru kau tahu erti gian macam mana. Tak pasalkan.

Aku kerja Chatime lepas raya. Masa tu memang tengah cari kerja, sekali ternampak la Chatime tengah cari kerja. Kalu tak silap aku baru balik dari econsave, adik aku tgur nampak iklan keje kosong Chatime. 


Nampak tak kemain bersemangat siap tangkap gambar lagi. Lepas tu aku kol, dia suruh datang interview. Ceritanya interview masa bulan puasa, so tempatnya dekat kedai makan yang tak bukak. Pesen kena interview dekat warung makcik bedah(bukan nama sebenar). Lepas interview bagai dapat la kerja tapi kena training dulu dekat Chatime Sri Petaling selama 3minggu. Yang bestnya aku dok hotel. Even hotel cikai, balik kerja terus terbongkang tak de orang nak kisah. Dalam 3minggu tu serius aku happy kerja dekat situ. 

Kalau nak tahu kebanyakan pekerja chatime dekat situ Myanmar. Haaaa Myanmar?? Dah tak payah nak terkejut sangat, lempang sekor-sekor karang. Bila dah kerja dekat situ, pandangan aku dekat pekerja asing sama sekali berubah. Tapi pandangan dekat bau ketiak tetap tak berubah sama sekali. Gituhhhh.

Dia orang nie datang Malaysia memang gila-gila punya cari duit. Waktu kerja dia orang starting pagi, sampai closing. Dia orang bukan macam kita pesen kira 8jam je nak kerja. Lantak la balik pukul berapa pun janji duit masuk. Kerja memang penat gila babeng la kan. Non stop berdiri. Ko mampu?? gituhhh. tapi peha aku nie tak kecik-kecik jugak . Tu yang aku pelik.

Dia orang pesen tak paham bahasa melayu. Kena la cakap omputih. Masalahnya dia orang cakap omputih aku tak paham. Bukan tak paham bahasa omputeh tapi slang dia orang bapak la rasa nak pitam masa mula-mula cakap dengan dia orang. Tapi lama-lama aku pun paham dan aku pun terikut slang dia orang. Tak ke balaaa. 

Chatime ada jual ayam goreng tanpa tulang, popcorn chicken dengan kulit ayam goreng. Mereka-mereka nie kalau goreng memang lebih sikit bagi aku sebab aku ni duduk Hotel je tapi save bajet. Dapat la curi-curi makan kenyang la jugak.


Nampak tak menu tu?? Nampak tak?? Cuba tengok berapa banyak yang aku kena hafal resepi dia orang sebab lepas training ada exam. Kalau aku tak pass exam tu lagi lama la aku kena training dekat situ.Ok dah sampai sini je. Nanti aku sambung part 2. Part 2 nanti dah start bala aku keje chatime.

Birthday Party

Haaaaa terkejut tak?? terkejut tak dengan title kita tu??? *Lempang muka sendiri*. Aku still ingat lagi sampai sekarang aku pernak pergi besday party seorang kawan aku nama dia Debra Chua. Aku menangis-nangis merayu dengan mak aku nak pergi besday party tu. Masa tu kalau tak silap masa aku dengan dia darjah 3. Nasib baik mak aku bagi. Mak aku la pergi hantar. Masa sampai tu terus makan. Hek eleh makan je tau, tengok badan la.

Lepas tu mak dia ada arrange game sikit, main la jugak tapi aku tak enjoy game sangat sebab aku rasa macam sensorang tapi gelaknya tak hengat tengok dia orang main. Apa pun tetap happy sebab dapat merasa pergi besday party. Hehehehe. Yang buat aku terkilannya, kalau tak silap aku mak dia letap peha ayam bakar lebih kurang macam tu la dalam berebut boleh pulak aku tertinggal tak dapat la ayam tu. Sedih je rupa.

Tetiba mak aku datang nak amek aku. Aku cakap la tak habis lagi, mak aku paksa jugak balik. Sedih masa tu sebab tak dapat join sampai habis. Yang aku suka pasal debra nie, dia pandai melukis. Kalau kelas pendidikan seni je, mesti aku pergi tengok dia punya lukisan. Superb beb. Aku ni ada la gak mencuba nak melukis lawa-lawa tapi mesti failed. Dasar tak ada bakat.

Sampai 1 tahap tu aku ada kerja sekolah yang memerlukan untuk melukis. Aku pun mintak tolong bapak aku. "Abah, tolong lukiskan ni kita tak pandai lukis la" Bapak aku menyentapkan jiwa aku nie " Nie sape yang pergi sekolah? Abah ke kamu?". terus sentap lukis ala kadar je janji ada rupa.

p/s: Sampai sekarang masih tak pandai melukis.

Zaman Tadika

Hai. Saya budak baru. Siapa yang suka baca blog bebongok, meh jengah. Buruknya intro budak baru ni kan. -___-".

Ok untuk 1st entry ni cerita pasal zaman tadika. Masa zaman 90an dulu masih lagi dipanggil tadika tapi bila dah masuk zaman millenium katanya kebanyakannya panggil PRA-SEKOLAH. Curlasss sangat uollsss.

Masa aku tadika dulu, ada sorang anak jiran aku ni muda setahun dari aku tapi masuk tadika sama kelas so pergi sama-sama. Aku ni dulu budak baik. Hari pertama je mak aku hantar pergi sekolah. Lepas tu pergi la sensorang. Baik kan. Eleh tapi tu pun terpaksa sebab mak aku sibuk meniaga. Tapi tak lama lepas tu kena jalan kaki sensorang sebab budak tu mak dia suruh naik bas sekolah. Aku nak rasa naik bas sekolah sampai menangis-nangis hentak kaki cakap dengan mak aku tapi mak aku buat tak layan.

Ada sekali tu, agaknya jiwa budak aku nie memberontak nak naik bas aku buat muka kesian dekat pakcik bas tu "pakcik, boleh hantar saya tak dekat dengan rumah elly-nama jiran aku tu- sampai rumah mintak mak saya duit". Pakcik tu dengan muka tanpa perikemanusaan cakap "tak boleh". Sedih lepas tu jalan kaki balik rumah sambil menangis. Sampai rumah mak tanya kenapa, aku diam je sambil tengok tv lepas tu mak aku malas nak layan.

Aku dulu sekolah tadika islam dekat dengan masjid. Apa yang aku suka pasal tadika nie, nasi lemak makcik kantin tu sumpah sedap. Sampai sekarang aku teringat lagi rasa dia macam mana. Kalau time rehat aku selalu doa, harap la makcik tu buat nasi lemak. Bila aku punya nasi dah habis, aku akan tengok dekat kantin ada nasi lemak lebih tak yang budak lain tak makan sebab kadang-kadang ada yang bawak bekal. Buat muka kesian lepas tu makcik tu pun bagi la. Biasa la budak-budak umur baru 6tahun muka memang innocent, cuma pakcik bas tu la tak terkesan langsung dekat hati dia.

Kalau belajar matematik, cikgu suruh bawak biji asam jawa. Haaaa part nie memang lawak. Ada sekali tu aku cuci habis asam jawa mak aku semata-mata nak lagi banyak dari kawan. Kecik-kecik lagi dah riakkan tapi biasa la budak-budak. Mak aku punya mengamuk habis asam jawa dia aku kerjakan. Bila teringat kesian mak aku.