Saturday 19 January 2013

Anak Dara.

Pagi tadi pergi promote puding caramel aku dekat catering di Muar ni. Alhamdulillah ramai yang memuji. InsyaAllah ada rezeki, ada yang order.

Aku makan apa yang ada sementara tunggu mak aku bersembang dengan owner catering tu. Maklum la perempuan sama perempuan ada jela cerita yang bangkit. Tipu la kalau korang jumpa kawan korang tak bersembang.

Makcik tu cerita la anak dara dia, kalau nak suruh pergi kenduri maknya kena pergi. Mesti tanya "Ibu pergi tak? kalau tak malas la."

Sama la macam aku. Aku ni tak boleh kalau kenduri sedara ke kawan mak aku ke kalau mak aku tak de, nanti mesti tercongong tak tau nak buat apa. Aku rasa ramai anak dara macam tu sekarang.

Tapi kalau kenduri kawan sendiri, tak kisah sebab kalau orang tanya ni sape boleh la jawab "saya kawan Siti [bukan nama sebenar]. Orang takkan banyak tanya. Tapi bila kenduri rumah saudara ke kawan-kawan mak aku mesti tanya "Nie anak sape?" "Nie cucu sapa?". Bila dah jawab "Oh cucu Alpiah anak Ida yang duduk Muar tu ke? Dah besar dah sekarang. Dah kahwin ke belum? Besar badan kalah mak dia". Aku hanya mampu tersenyum. Aku repect orang kampung ni tak kisah la anak sape, ingat rupa ke tak mesti ada je yang nak bualkan. Dari hal semasa sampai la bab peribadi.

Cuba kalau kat bandar. nak tegur pun ikhlas tak ikhlas. Aku tak cakap semua la. Alhamdulillah masih ada lagi yang peramah. Mengikut pemerhatian aku, yang peramah ni kebanyakan asalnya dari kampung. Yang pesen tak nak mengaku kampung ni yang aku rasa nak tembak je. Tu yang ada sifat sombong dalam diri. Riaknya terlalu tinggi. Datang majlis orang, tegur orang kiri kanan tak nak. Kalu tak nak tegur, senyum pun tak salah. Ketat je muka. Gaya mengalahkan Datuk Datin tau??

1 comment:

  1. This is a titanium tube made in China called a Tiang Tung
    The 과천 출장안마 titanium tube in this picture from China gives you an idea 여주 출장마사지 how many years this 충주 출장안마 is. You will see 영주 출장안마 that this is a Tiang Tung. This is a titanium wire

    ReplyDelete