Thursday, 17 January 2013

Kerja Di Chatime Part 2

Kemain part-part bagai. Part 2 nie nak membebel pasal bala dah start masa kerja ni.

Cerita dia lepas aku training 3minggu dekat Chatime Sri Petaling, aku kena support Chatime Pandan Indah selama selama seminggu dengan Myanmar yang training aku. Nama dia Moe K. Masa training sana memang buat aku fed up gila la. Dah la dari sri petaling pergi pandan indah transport sendiri. Nasib baik duit tambang company bayar.

Dengan stressnya aku gagahkan diri kerja dekat situ selama seminggu. Hari last dekat situ aku hangin satu badan. Ada budak part time cina bajet pandai dekat situ. Aku buat salah, tegur la aku. Ni kau kutuk marah aku dalam bahasa cina lepas tu jerit-jerit membebel dekat member cina kau. Apa kau ingat aku tak paham. Lepas tu dia yang buat milk tea tu. Aku paham sebab gerak badan dia tu. Sampai 1 tahap aku rasa nak gerak balik terus. Lantak la tambang pakai duit aku pun. Tapi memang sentap habis la. Gitu ke cara ajar orang.

Lepas training tu, aku ada lagi seminggu training formal. Macam dia ajar step by step dekat HQ dia. Cerita pasal company blablabla. Masa training formal tu, perasaan aku elok balik. Maksudnya tak de la fed up sangat.Aku training sekali dengan budak myanmar, nepal, pakistan, cina dari sabah. Layan kepala dia orang ni, aku yang gila.



Masa ni tengah break. Last day trainer belanja makan KFC. Baik uollsssss. Kenyang. Burppppppp. Masa training dekat sini, ada la kenal dengan 2 orang budak perempuan melayu nie. Budak outlet JB. Masa mula-mula tu malu nak tegur. Tak lam lepas tu kamceng sebab kita orang duduk dekat hotel sama. Dengan dia orang la aku baru nak keluar hotel cari makan betul-betul makan. Kalu tak meggi je. hahaha. K tak lawak. Aku takde gambar dengan dia orang la. Nama dia Duwi dengan Ratna. Aku pelik sebab nama dia orang pelik, rupanya dia orang jawa sebab ada sekali masa kita orang tengah makan aku dengar Duwi ngomong jowo dalam telepon dengan mak dia. Tercengang tak tercengang la kan. Masa kecik mak bapak dia orang pindah Malaysia. Dia punya slang melayu baik punya sampai aku tak boleh detect jawanya.

p/s: Aku memang kuat makan. Rindu dekat dia orang.
p/s: Banyak membebel. Nanti ada part 3. Starting aku kerja dekat outlet sendiri. Pahit manis.

No comments:

Post a Comment