Thursday 17 January 2013

Kerja di Chatime Part 3

Okayyyy yang nie part last . JANJI !!! Bosan kan memanjang baca kerja dekat Chatime. Aku pun naik bosan menaip Chatime nie.

Lepas settle training apa semua, balik Muar lepak rumah sebab outlet belum bukak lagi. Masih dalam renovation lagi. Masa dah nak siap tu, bos panggil datang kedai. Aku bukan main semangat lagi pakai baju kerja nak pergi kerja.

Sekali sampai hambik kau semorang tengok aku. Baju chatime warna pink, lepas tu baju pekerja renovation pun warna pink. Tengok aku macam nak paksa aku buat sekali renovation job tu. Rupanya meeting biasa je, jumpa budak-budak part time yang akan kerja sekali.

Nampakkan semamngat aku dekat situ. Kalau aku tak datang pun takpe sebab bos cakap benda yang dah selalu aku dengar. Lepas tu cakap bahasa cina. Bajet macam aku ni budak cina. mementang la aku putih. Ehhhhh ko nie Cha, jangan pakai baju ketat, lepas tu puji diri kurus. [sebab masuk bakul angkat sendiri is too mainstream]

10 hari pertama pembukaan memang perasaan aku elok je, sebab ada sorang senior chatime support. Apa yang aku respect dengan dia, dia tak kisah campur melayu, pekerja asing semua. Kalau buat kerja, dia akan pastikan semua pekerja masuk semua department. Sebelum balik dia siap pesan dekat aku maybe sebab kepala otak aku nie cekap kut "Kalau u ada problem atau lupa sukatan atau apa problem, kol saya". that's why aku respect gila dekat dia.

Lepas senior tu balik, the next day hati aku mula dah menyampah kerja dekat situ. sebab apa?? banyak sebab kalau aku nak mention. Antaranya la....

-Pastikan kerja berat, Melayu iaitu aku, nepal dan myanmar yang buat. budak cina, tunggu order je.
-Kitchen?? haram nak tengok dia orang masuk, paling pun hantar barang kotor. Bukan nak tolong cuci even tak busy. Padah kitchen kemain busy tuuuu.
-Bab mengemas meje, angkat meja kerusi, sapu sampah, kutip cup. Bos tak akan suruh budak cina buat.
-Pastikan counter hanya cina yang pegang. Bukan nak hadap sangat jadi cashier tapi nak merasa jugak kerja yang ringan kan.
-Melantik supervisor yang menyampah. Aku rasa otak aku lagi pandai dari dia. Bukan nak berlagak, bayangkan ada air yang jarang orang order, dia tak tau dia tanya aku.
-Lepas tu mengarah orang lebih. biasa la dah ada title supervisor. Bos pun cakap "Mualai hari ini Sam dengan Tan adalah supervisor. Kena dengar cakap mereka, mereka suruh buat je" Kalau nak lantik pun train betul-betul.

Banyak lagi la kalau nak aku listkan. Itu yang membuatkan cukup sebula terus berhenti. Last day aku kerja situ, time tu jugak aku cakap nak berhenti. Alasan aku simple je dapat job yang lagi baik. Padahal tak confirm dapat ke tak job tu. Baru pergi Interview. Tunggu punya tunggu tak ada. Gemukkan badan jela dekat rumah.

Masa ni tak de customer langsung. Menyempat ajer..


No comments:

Post a Comment