Friday, 18 January 2013

Mentaliti Orang

Hari ni aku nak bincangkan mentaliti sesetengah orang di dunia. Banyak aku perhatikan dalam laman sosial macam facebook dan twitter. Sebab 2 tu je yang aku layan.

Ada orang post gambar yang orang dekat Gaza mati syahid. Itu memang bagus sebab nak tunjuk dekat semua kekejaman Israel. Yang terbakarnya captionnya. 1LIKE= 1DOA. Bagi aku nak berdoa bukan macam tu caranya, caranya tadah tangan memohon pada Yang Esa.

Lagi yang mengarutnya, ada gambar nak lancarkan bom. Caption dia tu yang buat aku sound admin.

1 LIKE=1 BOM
lepas tu dia suruh comment LANCARKAN!!!!

Aku comment "Kalu taip LANCARKAN tu boleh hantar bom tu terus pergi Israel ke?". Aku memang bengang habis. Bagi aku dia macam nak memperbodohkan orang. Yang bijak pandai pun ikut. 

Ada lagi aku nak bincang hakikat dunia sebenar.

Contoh: Kedai makan berderet tapi ada 1 kedai yang ramai orang. Mentaliti orang kita "Eh kedai tu ramai orang la, jom pergi. Keai sebelah tu tak ada orang mesti tak sedap" Kedai yang tak ada orang nie yang ternganga. Macam mana kalau kedai yang tak ada orang tu baru nak bertapak. Cuba pergi rasa dulu. 
Ada ke tengok macam tu. Kalau aku 1st time baru pergi kat tempat makan tu, aku akan pergi tempat tak ramai orang. Sebab malas nak bersesak.

Kadang-kadang aku pelik ada sesetengah kedai yang kurang customer nie makanan dia sedap. Tapi kurang orang. Ke tekak aku tekak buaya?? 

Aku pernah bandingkan 2 kedai nie. Yang tak ramai orang nie makanan dia sedap. Yang ramai orang nie makanan dia biasa je. Mungkin sebab kedai tu dah lama bertapak dan customer tak nak move on pergi rasa dekat tempat baru. Bagi aku disebabkan mentaliti orang macam nie, kedai tu tak dapat bertahan lama. 

Kalau melayu nie, sesetengah orang ada tabiat. Jangan makan dekat kedai cina entah halal ke tak. Tapi aku tak nak condemn sebab tu memang hak memasing. 

Ko pernah makan makanan orang cina ke Cha?? Yes pernah. tapi biasa aku beli yang macam snek. Macam takoyaki. haaaaa yang tu sumpah sedap, kebanyakan orang melayu makan. Aku akan tanya melayu boleh makan tak kadang-kadang aku akan penjual tu, kalau yang muka merah2 macam tu aku tak akan pergi sebab kemungkinan dia makan babi adalah tinggi. Lepas tu aku akan tanya "Ini melayu makan ka??". 

Kemungkinan kita kena tipu dengan peniaga cina tinggi jugak. Kalau kita tanya melayu boleh makan kaaa? Kalau yang jujur takpe. Kalau yang nak untung, haaaaa pikir la sendiri.

Bagi aku kalau tahap was was kau tinggi, eloklah jangan pergi makan langsung. Karang tak pasal aku yang kena sebab mengajar anak orang.

No comments:

Post a Comment