Tuesday, 26 February 2013

Tips Meniaga

Di keheningan pagi, disebabkan dop tau nak buat gapo tu yang nak buat entry nie. Tips meniaga untuk orang melayu. Tips?? ko nie meniaga dah berapa tahun siap nak bagi tips dekat orang? lantak aku la blog aku kan. Benda depan mata tu yang jadi pengalaman aku.

Mana kau dapat semua tips nie? ko cilok kat blog orang lain ke?? eheh cantik sikit. aku bukan kaki copy paste macam sesetengah blogger. Benda nie ada dalam kepala otak aku sendiri. Kalau tajuk ye tapi isi dalam semua aku elaborate sendiri. Ecewahh masa belajar dulu, lecturer suruh elaborate kemain lembab otak. La nie laju je. Biasa la pengalaman telah mendewasakan mematangkan fikiran, pahit getir yang pernah ku lalui guruku sejati. Haaaaa tu lagu, dah jangan ingat aku kaki jiwang lak kan.

Ok lari tajuk ye semua..

Orang Condemn Kau Diam Je.
Contoh- customer duk membebel ke kau, jangan lawan. Seriously, kalau kau lawan buang masa kau. Banyak lagi tenaga kau nak pakai buat benda lain. Kalau macam ada orang dengki tu biasa la. Orang melayu kalau tak dengki bukan nama melayu. Biasanya sebab perniagaan kau lagi maju dari dia. Orang kalau duk cakap-cakap pasal kau, kau senyum je. Dapat pahala. Even sakit hati, kau diam je. Tak payah ikut menyalak serupa anjing.

Kuatkan Mental..
Kau meniaga nie, kena kuat wei mental. Orang duk kutuk kau bersepah kat sekeliling kau. Jangan kena kutuk sikit kau terus down. Jadikan semangat tuk kau lagi bangkit. Bangkit bila ditolak jatuh la semula. Kakaka. Contoh kau buat nasi lemak, tak sedap lepas tu tak ramai yang beli. Kau jangan duk kat takuk lama, cari la mana silap. Pergi google resepi. Kalau tak tau belajar. Macam mak aku kemain sekarang macam nak berjinak-jinak dengan laptop nie. HAHA. Aku rasa macam dah pernah tulis pasal nie. Ahh lantak la. aku nak mengingatkan je.

Niat..
Niat kau berniaga untuk apa?? Aku nak beli kereta besar, rumah besar nanti boleh la tunjuk kat semorang aku kaya. Amboiii lari jauh nampak. Tengok niat pun tak betul. Kau nak beli semua benda tu boleh tapi pastikan kau dah bertapak stabil dulu. Jangan loan sana sini tapi apa projek pun tak nampak. Last-last sangkut. Sekurangnya niat kau nak sara family kau, janji boleh makan duk rumah selesa. Pasal kereta rumah. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk kau, ada la.

Loan..
Sekarang nie orang bagi loan bersepah. Ah long contohnya. Dia orang nie sebenarnya ada yang ok sebenarnya. Kau kalau kau ok dengan Ah Long tu, dia takkan kacau kau. Janji bayar. Nie tak, kata duit nak buat berniaga tapi apa pun tak nampak. Dapat duit terus ke laut duit tu. Dah habis, pening kepala mana nak cari duit bayar hutang. Yang masuk surat khabar semua tu. Tu semua pesen dah dapat duit, tak nak bayar hutang masuk surat khabar mintak simpati. Lain la kalau kau berniaga tapi lingkup. Sebab tu duit loan yang kau dapat jangan habiskan. Pepandai la rolling. Yang pinjam ah long tu kekonon nak melabur, last habuk pun takda. Tu spesies double bodoh tahu. Tahu nak kaya je tapi duk uma goyang kaki.

Penampilan..
Tips yang nie aku dapat dari kawan mak aku. Bila pikir macam tak kena pun ada. Tapi ikut kepala aku, memang pun. Contoh kau jumpa orang dengan tak mandinya, rambut serabainya orang pun tak selera. KAlau kau meniaga makanan sekurangnya, nampak bersih sopan pakai tudung, baru orang ada feeling nak beli. kan kan kan. Tips yang nie aku tengah amalkan. Heeee.. Kau jual ubat kurus tapi kau gemuk, mana la orang nak percaya kan.

Kreatif..
Ingat melukis je kena kreatif. Kau kena kreatif bila cakap dengan customer kau. Sebelum kau nak jual benda tu semua, kau jelajah produk dulu. Tau jelajah?? Kenal pasti produk kau. Jangan bila orang tanya kau tergagap, memang tak la orang nak beli dengan kau. Orang baru berniaga macam aku nie memang susah nak hidup. Kena cekal sikit.

Tolong Melayu Sama Melayu..
Benda nie memang payah nak jumpa. Percaya la cakap aku. Cina kalau kedai dia sebelah-sebelah jual benda sama, dia ok je. Kalau melayu kebanyakannya, memang kena condemn le jawabnya. Kalau kau tak terer, memang kau lingkup. Hamboi kau kutuk tak ingat dunia kan cha.. Nie bukan kutuk tapi kenyataan. Nie karang dah sentap dengan entry aku, ada yang kena bambu karang. Lantak laaa ada kisah.. Promote nie bukan kerja senang tau. Kau mintak tolong kengkawan tolong promote, nanti bagi la commission. Haaaa acantuu.. Yang pakai Fb tu, bila kengkawan ada post pasal produk dia, tolong SHARE. Tak rugi apa pun sebenarnya.

Lain la kalau kau dengki kan. Memang melayu la namanya. KAu jangan bagi alasan busy tapi kau 24jam menghadap laptop. puiiii. Nampak sangat dengki tu. Lagi satu tolong la jangan menipu sebab nak untung banyak. Sekarang nie tengah femes pasal rumpai laut. Mohon la jangan tertipu ya. Kesian aku tengok dekat korang. Benda tu bukannya mahal sebenarnya pun. Kalau beli yang siapa masak pun boleh tahan 2minggu macam tu. Kalau yang masak pun boleh menipu jugak. Kata kologen, tapi agar-agar. KAHKAHKAH. ada ke orang macam tu. Aku nie mengarut ke laut daaa.

p/s: Nak order? Moh ler ke FB saya tu. Sempat aja berniaga. Saya ada buat cake in the jar tau. Nat=nti upload dekat FB. hikhok. Macam ba alif ba ya kan gelak acantu. KAKAKA

No comments:

Post a Comment