Sunday, 24 February 2013

Suka Buat Kek Tak Suka Makan Kek

Alhamdulillah dapat peluang belajar buat rainbow cake. Terbuka untuk tempahan kepada sesiapa yang nak order ya.. Moh le dekat FB fanpage saya tu.

Saya baru mula berbisnes InsyaAllah kalau ada rezeki saya dalam bidang nie. Saya tak suka makan kek. Seriously.. sebab diaa... tak tau la memang tak minat nak makan. Habis tu tak suka makan kek macam mana nak meniaga, nak rasa semua kek yang kau buat tu kan?? haaa kalau bab test makanan nie aku akan serahkan dekat orang sekeliling. Jiran, adik dan kengkawan. semua juri aku. Kalau aku yang makan memang aku cakap tak sedap la kan.

Ala kalau aku buat cupcake ke letak je dalam esbok, kompom makin lama makin berkurang dan aku syak adik-adik aku bakal menggantikan gemuk aku. KAHKAHKAH.

Well gambar nie, kek pelangi daripada kelas yang aku belajar. Memang superb!! Dan aku yakin aku mampu buat. AMIN !!
Nie la rainbow cakenya. Tergoda tak, tergoda tak? order la apa lagi. Hiks

Nie chocolate moist cupcake aku buat sendiri untuk 1st time. Alhamdulillah menjadi sangat. Adik tukang perabis.

Ramai cakap aku ada bakat mungkin turun dari mak aku. Hek eleh.. Perasan nak mampus kan. Kisah pulak aku. Apapun Alhamdulillah kalau aku ada bakat Tuhan dah bagi kita gunakan sehabis baik.

p/s: Ngantuk sebenarnya ni dan adalah banyak typo tapi bekspes jugak sebab kunk banjir typo apa pun orang tak paham.

No comments:

Post a Comment