Monday 25 February 2013

Sentap

Tadi aku baru dapat kol dari Makcik A. Dia bambu aku cukup-cukup pasal post aku dekat fb.
Orang kata kerana mulut badan binasa. Kena la dekat aku tu.

Ya dan aku menangis lepas dia bambu aku tapi aku sebenarnya tak paham apa kenanya fakta yang dia bambu aku tu dengan post dalam fb.

Aku ada post dalam fb nie pasal hutang. Jap aku print screen.



Haaaa baca la. Aku memang terus terang pasal hutang sekali dia bambu aku cukup-cukup sebab sakit hati melampau. Seriously memang sentap bila kena bambu. Aku menangis dalam diah. Cewahhh drama betul aku nie. Dia tak de FB tapi anak dia ada fb dan aku friend dengan anak dia. Agaknya anak dia cerita dengan dia tu yang terus bambu aku. Mana taknya aku post macam tu kalau mak aku tak habis2 mengadu je kat aku. 

Antara yang aku ingat-

Jangan nak jeles dengan anak aku belajar tinggi sebab anak aku pandai kau BODOH!!! Ya aku sentap dan aku sebenarnya aku terkejut dia rupanya cakap macam tu. Kalau aku nie bodoh aku tak sambung diploma aku. Dalam post aku tu aku cuma cakap anak dia untung sebab dapat belajar tinggi. Dan kemungkinan dia pikir aku tak sambung belajar lagi sebab aku bodoh. 

Tak payah jeles sebab anak aku cantik kau GEMUK GEDEMPOL!!! Sentap kedua yang terus buat air mata aku jatuh. Selama nie orang kutuk aku gemuk siap boleh gelak2 tapi kenapa dengan beliau air mata ku keguguran. peh peh peh.

Dah la buat kuih kecik, aku tolong jualkan juga tau. Memang la sebab kalau tak laku pun bukannya makcik rugi. Masa tu aku baru berjinak dalam pembutan roti. Aku mengaku aku memang silap sebab terbuat roti kecik2. Lama2 aku improve jadi ok besar cantik, ok what. 

Dia cakap dia buat baik tolong mak aku letak kuih mak aku kat depan masa meniaga. Dan aku adalah tertanya-tanya kenapa dia nak butthurt seperti budak kecik? Aku ada mention nama dia ke, nama anak dia? takde kan. Benda nie random kut. Last aku dengar dia tekankan KALAU DAH BODOH TU BODOH LA JUGAK!! BODOH!! Terus pappp letak telefon. Aku tak sempat nak cakap apa-apa kut. Masa dia bambu aku diam je nak dengar dia habiskan amarah beliau. Bila aku nak cakap terus letakk, laaaaa.

Mak aku tanya kenapa. Aku cerita la, Air mata mak aku bergenang tapi aku buat tak nampak. Mak aku cakap aku cuma cerita pasal hutang je kenapa dia macam budak-budak? Dalam kepala otak aku, ehhh ye tak ye ekkk. Mak aku membebel tula main lagi FB. haa kan dah kena..

Nasib baik mak aku tak macam orang lain, anak kena marah orang yang marah tu kena marah balik. Aku kena bambu aku yang kena marah balik. Nie dia keluar nak pergi jumpa Makcik A mintak maaf la agaknya. Dia kata jangan masuk campur nie hal dia dengan mak aku. Aku okkkk. Kalau mak aku g mintak maaf, memang tak la aku nak dengar dia bebel apa-apa lagi lepas nie. 

p/s: orang kalau dah salah lepas tu butthurt, haaa betul la tu...

No comments:

Post a Comment