Thursday, 21 February 2013

Wanita Di Kasihi Allah

Ya ini entry sedih. Mohon sediakan tisu sebelum baca entry nie. Hek eleh melebih pulak aku nie.

Kisah 1
Sedang diri ini dalam dilema melayan twitter, terlihat satu tweet yang membuatkan aku tertanya-tanya. Tweet dia pasal Allahyarhamah Siti Hajar pelajar UTeM. aku tak ingat macam mana tapi tweet dia mengenai kebaikan la. Tu yang buat aku nak tahu lebih lanjut mengenai Siti Hajar. Aku tak nak cerita pasal hari terakhir dia sebab aku pasti ramai yang dah tau kisahnya so buat apa aku nak ulang benda sama.

Aku cuma terfikir lepas baca kisah Siti Hajar ni, aku fikir pasal diri aku, hidup aku. Alangkan beliau masih lagi merasa kurang amalan di saat hayat terakhir beliau sebagaimana yang kita baca itu adalah cukup sempurna sebagai seorang ahli Syurga Allah, inikan aku yang terasa kerdil jika dibandingkan dengan beliau. kalau tak tau siapa dia, mohonlah ke google. Taip je Siti Hajar UteM, berderet post mengenai beliau.

Kisah 2
Di dalam waktu tengah hari, sedang aku melayan rancangan di televisyen sambil jejariku meng-scroll FB ternampak satu post oleh seorang wanita berbunyi "Tolong doakan arwah suami saya". I was like -Eh sape budak nie? bila dia kahwin? Kenapa dengan suami dia?- Haaa jiwa raga aku tertanya-tanya..

Aku sebagai manusia biasa mengSTALK budak nie. Lepas tu aku try recall balik siapa perempuan nie. Macam mana boleh ada dalam friend list aku. Lepas tu aku abaikan sebab banyak sangat nak ingat. Aku check status FB dia semua, memember post ke dia. Baru tau suami dia meninggal awal pagi tu. Benda nie jadi lebih kurang 2weeks ago dan aku adalah tak ingat tarikh. Abaikan tarikh dia janji korang paham apa aku nak cerita nie.

Aku baca comment semua. Ya, aku seorang stalker tapi aku stalk sebab aku concern apa yang jadi dekat dia. Aku takkan stalker orang melainkan dia crush aku *tembak kepala sendiri*. Dah melarat aku melalut nie. Ok sambung. Tengah aku membaca comment mereka semua daku tersentap, SUAMI DIA MENINGGAL SEMINGGU SEBELUM MAJLIS BERSANDING. SEMINGGU??!! ye seminggu. Suami dia kena langgar lari. Seriously aku rasa macam Ya Allah tabahnya seorang A(bukan nama sebenar). Majlis sanding dia sepatutnya 10 Feb 13.

Aku tak nak linkkan fb dia sebab aku nak menghormati dia. Dah la aku tulis entry pasal dia tak mintak izin dia kan. Aku scroll bawah lagi, tetiba ada picture mereka baru lepas majlis nikah. Aku tengok wajah suami beliau dalam gambar, sayu. Ye, semacam dah tau benda nie nak jadi. Allah sayangkan dia, sebab tu Allah bagi dugaan seberat ini ke dia.

Apa pun kepada korang yang tengah baca entry nie meh la sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.



Dengar lagu nie dendalam, fahami maksud dia. InsyaAllah korang akan menangis.

p/s: Dah lama nak buat entry nie sebenarnya.


No comments:

Post a Comment