Sunday 3 March 2013

Aku Menang !!

Hari rabu minggu lepas aku menang bid!! happy giler.. Bid? apenda tu? Lelong tau lelong haaa tu la..
Nak tau apa yang aku bid, Stand Mixer wei!!! Kebetulan aku lalu lalang dekat bid online tu. Sesaja tengok sekali ternampak stand mixer tu jenama MASTAR. Tau? aku pun tak tau so aku just google je nak tau wujud ke tak? KAHKAHKAH.. so memang wujud dan berbaloi aku bid.

Aku memang tengah kebetulan cari stand mixer yang berat senang sikit kerja aku nak meniaga. Kalau tang yang besar mak aku dah ada, kalau yang pesen plastik tu pepaham jela so beli stainless steel mixer yang kecik untuk doh 1kg lebih kurang la macam tu. Memang aku rasa tu rezeki Allah nak bagi. Harga sebenar 600 tapi aku dapat dalam 300 lebih je. Dia bid start pukul 2pm-10pm. Memang berdebor la rasa. Rasa macam nak menang rumah.

Alah, stand mixer je pun. Tahu tak betapa bernilainya pada aku. Engko kalau baru start berniaga mesti tau apa erti nak beli barang pakai modal yang tak seberapa. Kat luar sana memang aku dah survey yang berjenama Kitchen Aid punya, Kenwood tapi harga dia perhhh bagi bungkus 2 bulan. Aku nie baru start so slow slow la kan. Dia tak boleh kau nak berniaga terus nak besar. Lain la kalau kau banyak duit kan. InsyaAllah kalau dah stabil baru ambil yang jenama-jenama punya.


Nie yang aku menang dari gambar je la. Yang real belum sampai lagi. Aku loan dengan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk peniaga yang baru start macam aku. Aku loan RM2k je tapi aku akan cuba guna sebaik mungkin. Sebenarnya bid nie aku tak baca peraturan dia dulu dah lepas menang baru nak baca sebab nak tau macam mana bayar dan semua bagai tu. Tak sangka kena bayar dalam masa 7hari waktu bekerja. Memang gelabah la kan sebab aku dapat duit lagi 3 minggu. Seriau rasa kalau terlepas nie. 

Terus rasa tak boleh tido. Esoknya pihak superbid tu email aku tanya kenapa tak buat pembayaran lagi so terpaksa la menipu cakap gaji lagi 2minggu lagi. Nasib baik boleh consider, memang orang kata kalau dah rezeki kan. Aku menipu terpaksa ok. Betul la tu duit loan tu gaji aku cuma aku kena bayar balik siap bunga. Bengong....

Memang rasa bersyukur la kan. Orang lain kemain bid hp belekberi, ipong, samsung gadget bagai tapi aku bid stand mixer. Lantak la bukan aku nak guna hp tu sangat.. Sebab tu aku menang. Cuba fikir, kalau yang guna mixer nie kengkadang je buat kuih tapi nak beli sampai beratus. Baik beli yang setakat 70 80 je kan.ye dok?? Aku nie serius nak pakai sebab tu aku berani bid. Kalau hp ke aku tak suka. Aku suka tengok depan-depan kalau nak beli. Saat aku menang terus menjerit dah mak aku tengok aku lain macam. KAHKAHKAH. 

No comments:

Post a Comment