Wednesday, 20 March 2013

Kecewa seorang bapa.

Assalammualaikum. Lamanya tak buat entry. Sihat ye pembaca sekalian. Ah terasa artisnya bila cakap macam tu.

So cerita hari ini, tadi scroll news feed ternampak satu post ni dalam group yang aku join. Terus tersentap. Asal, post pasal dia kutuk kau ke? Kalau dia kutuk aku tak heran la. Paling pun aku like pas tu share. Nampak tak kekonon tak sentap. Haa tu pesen bebudak kat twitter. Ok dah lari tajuk.

Haa post yang atas tu, punya la kecewa hiseorang bapa. Aku baca pun macam eh entah la tak tau nak cakap macam mana. Aku ada baca komen- komen ibu bapa. Kebanyakan turut simpati.

Kalau tengok bebudak sekarang degan dulu berbeza. Mak bapak sekarang kalau cikgu pukul, terus report. Zaman aku dulu, depan aku mak aku cakap dengan cikgu "kalau dia nie degil, rotan je" aku senyum je tapi dalam hati tak tau kemain takut. Zaman sekarang "cikgu jentik anak saya, tinggikan suara sekali pun saya akan report" ada ke dialog macam tu. Tu dialog aku sendiri ok bukan betul-betul. Itu berdasarkan apa yang aku tengok dalam dunia sekarang.

Dan dari komen tu si bapa baru belikan hp baru bila si anak minta. Aku dulu form 3 baru dapat hp tu pun hp motorola yg kepala bulat. Tu pun aku rasa dah kira bersyukur. Sekarang paling pun nak ipad. Huhh dasar. Dia cakap dia pantau anak dia berkawan dengan budak tak senonoh, tapi kenapa dia tak halang. Tapi betul pengaruh kengkawan nie tinggi jika nak dibandingkan dengan didikan mak bapak.

Aku tak nak komen karang ada je yang cakap belum ada anak dah cakap macam-macam aku lempang karang. Ala biar la tu pandangan mata aku. Apa pun aku harap si bapa bersabar dengan dugaan Allah bagi. Dan aku doakan anak dia diberi jalan yang lurus. Cewahhh.

P/s: kepada yang dah ada anak, tengok diri anda dah jadi 'orang' ke belum. Kalau dah, jadikan mak bapak anda sebagai mentor untuk didik anak anda. Kalau belum, perbetulkan diri sendiri cari mana silap.

1 comment:

  1. terharu baca ceritanya,,orang tua mana yang tidak kecewa jika perilaku anaknya kaya gitu..

    ReplyDelete